Monday 2 July 2012

Let's Do This!

0 comments

A Glass Jar with Marbles

Bayangkan sebuah balang kaca.
Di dalamnya berisi guli berwarna hitam dan putih.
Apa yang harus anda lakukan adalah mengasingkan guli yang berwarna hitam dari balang.
Sila lakukan simulasi ini.
Setelah selesai.
Alhamdulillah anda telah berjaya mengeluarkan guli hitam dari balang tersebut.
Tahniah.
Sekarang perhatikan balang kaca yang berisi guli putih sahaja.
Indah kan?
Memang indah.

Apa yang anda telah lakukan sebentar tadi adalah satu simulasi.
Ia merupakan aktiviti mengeluarkan sesuatu (guli hitam) dari sesuatu(balang kaca).
Jika kita ibaratkan guli hitam sebagai sikap/amalan buruk dan balang kaca sebagai HATI.
Simulasi tadi adalah mengeluarkan/menghentikan/menhindarkan sifat buruk dari HATI.
Dalam simulasi fisikal ia nampak mudah.
Tetapi kini kita sedang bermain dengan sesuatu yang bukan fisikal iaitu emosi/perasaan/sikap.
Namun dengan hati yang cekal dan natijah yang baik disertakan DOA, kita boleh laksanakannya.

Mari mula!

Senaraikan 5 sikap/amalan/sifat buruk yang ingin dikeluarkan dari HATI.
Saya mulakan:-
1) mengigit kuku
2) merokok
3) susah nak belanja kawan-kawan
4) banyak menonton rancangan yang tidak berfaedah - too much cartoons, telenovela etc
5) tidur lewat selepas pukul 12 tengah malam

Hmmm mari kita beri dead line untuk menyelesaikan 5 perkara di atas.
Apa kata kita cuba seminggu untuk setiap sikap, ok?
Bagus, ok mari kita lukis jadualnya.
(Bersambung...)

0 comments:

Post a Comment